Friday, October 29, 2010

Ziarah Warga Emas



Nama Program                  : Ziarah Warga Emas
Tarikh                                : 26 September 2010 ( Ahad )
Bilangan Penghuni           : 63 orang
Tempat                              : Rumah Warga Tua Nurul Saadah, Tok Dor, Jerteh, Terengganu
Anjuran                             : Medan InfoDesa FELDA Jerangau ( MID FJ ), Persatuan Belia FELDA                                              Jerangau ( PBFJ ), Persatuan Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPSI


Kasih ibu membawa ke syurga. Ungkapan keramat yang selalu kita dengari. Percaya atau tidak, ramai insan hari ini mengambil sikap sambil lewa dan tidak berperikemanusiaan apabila membiarkan ibu bapa mereka tanpa jagaan yang sebaiknya. Atas nama prihatin dan timbang rasa, sebuah program berbentuk ziarah telah dianjurkan bagi meluangkan masa untuk meninjau perkembangan mereka yang berada di rumah orang tua.

Seramai 14 orang belia ( MID FJ, PBFJ, UPSI ) telah bersama-sama meluangkan masa melawat atau menziarah warga emas di sini. Pada tanggapan awal kami ialah keadaan mereka yang sedih, kurang mampu berjalan dan mempunyai penyakit kronik akan ditempatkan di sini oleh anak-anak yang kurang mengenang budi. Akan tetapi tanggapan tersebut lesap apabila mengetahui yang sebenarnya mereka di sini adalah warga emas yang dipilih.

Warga emas di sini diterima bermula sedari umur 55 tahun, sihat tubuh badan ( tiada penyakit kronik ), dihantar oleh anak mereka ( bukan kerana dibuang keluarga ) untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi saat sakaratul maut dan perempuan tunggal sahaja.

Mereka di sini mempunyai jadual lengkap setiap hari. Solat berjemaah, pengajian agama diterapkan, hidup berjiran, tempat tinggal yang selesa, fasiliti yang cukup tersedia. Lengkap bagi sebuah rumah. Semoga program ziarah sebegini mampu membuka mata setiap pihak agar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan lebih prihatin tehadap keperluan ibu bapa yang telah uzur.

Rangka promosi MID FELDA Jerangau terhadap program karnival bagi tahun 2010 telah sampai ke penghujung sempadan antara negeri Terengganu & Kelantan. Semoga rakyat negeri Terengganu sedar akan kewujudan Medan InfoDesa sebagai pemangkin kepada pembudayaan ICT dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment