Friday, October 29, 2010

Kem Cinta Penggerak Cita-cita ( CPC )



Nama Program                : Kem Cinta Penggerak Cita-cita
Tarikh                           : 25 September 2010 ( Sabtu )
Bilangan Penghuni          : 19 orang
Tempat                         : Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Telok Ketapang, Terengganu
Anjuran                         :Medan InfoDesa FELDA Jerangau ( MID FJ ), Persatuan Belia FELDA                                  Jerangau ( PBFJ ), Persatuan Pendidikan Bimbingan & Kaunseling  UPSI

Assalamualaikum wrt,

Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta maka timbul rasa sayang. Sayang yang mampu membangkitkan rasa rindu. Sebuah program bersama anak-anak yatim telah diadakan pada bulan September 2010 sebagai tanda nasib anak-anak yatim ini masih diberi perhatian. Lebih menyedihkan, ada yang tinggal di sini bermula dari usia yang muda iaitu pra persekolahan @ tadika sehingga berusia belasan tahun kini. Apa yang pasti, anak-anak di sini memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi agar tidak tercicir dalam pelajaran.

 Program ini diadakan bersempena Karnival U&I 2010. Kelainan yang kami berikan pada tahun ini ialah disamping sibuk untuk memperkenalkan dan memupuk rasa cinta pada dunia ICT kepada masyarakat, kami mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan dan tidak berada dalam Wilayah Terengganu Tengah ( KETENGAH ). 

Semoga pihak kami akan terus berpeluang untuk berkongsi ilmu ict kepada mereka yang berada luar dari wilayah KETENGAH.

Jumpa lagi (^_^)

No comments:

Post a Comment