Friday, October 29, 2010

Bengkel ICT & Multimedia Sesi 2


Rajah 1 : Senarai Kehadiran Peserta Bengkel


Nama Program          : Bengkel ICT & Multimedia
Sesi                           : 2 / 3 2010
Tarikh                        : 04 – 05 September 2010 ( Sabtu & Ahad )
Bilangan Peserta      : 25 orang
Tempat                     : Medan InfoDesa Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS )

Golongan peserta :-
                                • Belia.
                                •Usahawan.

Aktitiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :-
                                • Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).
                                • Perbentangan Hasil Kerja.
                                • Pertandingan untuk Menghasilkan DST.

Jurulatih :-
                                • Encik Mohd Izuddin Bin Isa.
                                • Encik Mohd Syaharudin Bin Abdullah.
                                • Cik Nuur Aireen Bt Azumi.
                               
Fasilitator :-
                                • Cik Natasha Nor Amieza Bt Azumi
                                • Cik Mazni Bt Ibrahim    


Url Pemenang DST :-
                             • Kumpulan Terbaik ; http://www.youtube.com/watch?v=SzjOGT_KmjA

Para peserta mula menunjukkan peningkatan iaitu daripada 21 orang kepada 25 orang. Kepadatan kelas tidak mengganggu tumpuan para pelajar dan tenaga pengajar untuk menerima ilmu dan menyampaikan ilmu. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti break-time ( take 5 ), pertandingan DST, dan perbentangan hasil kerja.

Apa yang menarik, terdapat sebuah kumpulan yang keluar ke hadapan dengan berbaris ( kereta api ) bagi mewakili kumpulan mereka yang diberi tugasan mengenai kenderaan. Mereka memilih jenama Proton sebagai identiti kumpulan di mana setiap ahli juga perlu mempunyai identiti diri sendiri. 5 ahli kumpulan dan mereka memilih gelaran diri seperti Proton, Mini Cooper, Ferrari, Porchele, serta mempunyai trademark yang sangat menarik. Kumpulan tersebut telah berjaya merangkul gelaran kumpulan paling sporting.

Harapannya agar persembahan daripada peserta-peserta sesi 3 lebih mantap dan persaingan sihat akan diteruskan untuk masa hadapan.

Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment