Saturday, October 30, 2010

Bengkel ICT & Multimedia Sesi 3

Rajah 1 : Senarai Kehadiran Peserta Bengkel

Nama Program                : Bengkel ICT & Multimedia
Sesi                               : 3 / 3 2010
Tarikh                            : 27 – 28 September 2010 ( Isnin & Selasa )
Bilangan Peserta              : 25 orang
Tempat                          : Medan InfoDesa Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS )

Assalamualaikum wrt,
Golongan peserta :-
                                • Guru ( KEMAS, PDK ).
                                • Belia.
                                •Usahawan.

Aktitiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :-
                                • Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).
                                • Perbentangan Hasil Kerja.
                                • Pertandingan untuk Menghasilkan DST.
Jurulatih :-                              
                                • Encik Mohd Izuddin Bin Isa.
                                • Encik Mohd Syaharudin Bin Abdullah.

Fasilitator :-
                                • Cik Natasha Nor Amieza Bt Azumi
                                • Cik Mazni Bt Ibrahim
                                • Puan Rohaidah Ayu Bt Wan Omar

Url Pemenang DST :-
                             Kumpulan Terbaik ; http://www.youtube.com/watch?v=MvD_I416o18

 
Jumpa lagi (^^,)

Friday, October 29, 2010

Ziarah Warga Emas



Nama Program                  : Ziarah Warga Emas
Tarikh                                : 26 September 2010 ( Ahad )
Bilangan Penghuni           : 63 orang
Tempat                              : Rumah Warga Tua Nurul Saadah, Tok Dor, Jerteh, Terengganu
Anjuran                             : Medan InfoDesa FELDA Jerangau ( MID FJ ), Persatuan Belia FELDA                                              Jerangau ( PBFJ ), Persatuan Pendidikan Bimbingan & Kaunseling UPSI


Kasih ibu membawa ke syurga. Ungkapan keramat yang selalu kita dengari. Percaya atau tidak, ramai insan hari ini mengambil sikap sambil lewa dan tidak berperikemanusiaan apabila membiarkan ibu bapa mereka tanpa jagaan yang sebaiknya. Atas nama prihatin dan timbang rasa, sebuah program berbentuk ziarah telah dianjurkan bagi meluangkan masa untuk meninjau perkembangan mereka yang berada di rumah orang tua.

Seramai 14 orang belia ( MID FJ, PBFJ, UPSI ) telah bersama-sama meluangkan masa melawat atau menziarah warga emas di sini. Pada tanggapan awal kami ialah keadaan mereka yang sedih, kurang mampu berjalan dan mempunyai penyakit kronik akan ditempatkan di sini oleh anak-anak yang kurang mengenang budi. Akan tetapi tanggapan tersebut lesap apabila mengetahui yang sebenarnya mereka di sini adalah warga emas yang dipilih.

Warga emas di sini diterima bermula sedari umur 55 tahun, sihat tubuh badan ( tiada penyakit kronik ), dihantar oleh anak mereka ( bukan kerana dibuang keluarga ) untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi saat sakaratul maut dan perempuan tunggal sahaja.

Mereka di sini mempunyai jadual lengkap setiap hari. Solat berjemaah, pengajian agama diterapkan, hidup berjiran, tempat tinggal yang selesa, fasiliti yang cukup tersedia. Lengkap bagi sebuah rumah. Semoga program ziarah sebegini mampu membuka mata setiap pihak agar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan lebih prihatin tehadap keperluan ibu bapa yang telah uzur.

Rangka promosi MID FELDA Jerangau terhadap program karnival bagi tahun 2010 telah sampai ke penghujung sempadan antara negeri Terengganu & Kelantan. Semoga rakyat negeri Terengganu sedar akan kewujudan Medan InfoDesa sebagai pemangkin kepada pembudayaan ICT dalam kehidupan seharian.

Kem Cinta Penggerak Cita-cita ( CPC )



Nama Program                : Kem Cinta Penggerak Cita-cita
Tarikh                           : 25 September 2010 ( Sabtu )
Bilangan Penghuni          : 19 orang
Tempat                         : Rumah Anak Yatim Darul Hilmi, Telok Ketapang, Terengganu
Anjuran                         :Medan InfoDesa FELDA Jerangau ( MID FJ ), Persatuan Belia FELDA                                  Jerangau ( PBFJ ), Persatuan Pendidikan Bimbingan & Kaunseling  UPSI

Assalamualaikum wrt,

Tak kenal maka tak cinta. Dah cinta maka timbul rasa sayang. Sayang yang mampu membangkitkan rasa rindu. Sebuah program bersama anak-anak yatim telah diadakan pada bulan September 2010 sebagai tanda nasib anak-anak yatim ini masih diberi perhatian. Lebih menyedihkan, ada yang tinggal di sini bermula dari usia yang muda iaitu pra persekolahan @ tadika sehingga berusia belasan tahun kini. Apa yang pasti, anak-anak di sini memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi agar tidak tercicir dalam pelajaran.

 Program ini diadakan bersempena Karnival U&I 2010. Kelainan yang kami berikan pada tahun ini ialah disamping sibuk untuk memperkenalkan dan memupuk rasa cinta pada dunia ICT kepada masyarakat, kami mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan mereka yang kurang berkemampuan dan tidak berada dalam Wilayah Terengganu Tengah ( KETENGAH ). 

Semoga pihak kami akan terus berpeluang untuk berkongsi ilmu ict kepada mereka yang berada luar dari wilayah KETENGAH.

Jumpa lagi (^_^)

Bengkel ICT & Multimedia Sesi 2


Rajah 1 : Senarai Kehadiran Peserta Bengkel


Nama Program          : Bengkel ICT & Multimedia
Sesi                           : 2 / 3 2010
Tarikh                        : 04 – 05 September 2010 ( Sabtu & Ahad )
Bilangan Peserta      : 25 orang
Tempat                     : Medan InfoDesa Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS )

Golongan peserta :-
                                • Belia.
                                •Usahawan.

Aktitiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :-
                                • Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).
                                • Perbentangan Hasil Kerja.
                                • Pertandingan untuk Menghasilkan DST.

Jurulatih :-
                                • Encik Mohd Izuddin Bin Isa.
                                • Encik Mohd Syaharudin Bin Abdullah.
                                • Cik Nuur Aireen Bt Azumi.
                               
Fasilitator :-
                                • Cik Natasha Nor Amieza Bt Azumi
                                • Cik Mazni Bt Ibrahim    


Url Pemenang DST :-
                             • Kumpulan Terbaik ; http://www.youtube.com/watch?v=SzjOGT_KmjA

Para peserta mula menunjukkan peningkatan iaitu daripada 21 orang kepada 25 orang. Kepadatan kelas tidak mengganggu tumpuan para pelajar dan tenaga pengajar untuk menerima ilmu dan menyampaikan ilmu. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti break-time ( take 5 ), pertandingan DST, dan perbentangan hasil kerja.

Apa yang menarik, terdapat sebuah kumpulan yang keluar ke hadapan dengan berbaris ( kereta api ) bagi mewakili kumpulan mereka yang diberi tugasan mengenai kenderaan. Mereka memilih jenama Proton sebagai identiti kumpulan di mana setiap ahli juga perlu mempunyai identiti diri sendiri. 5 ahli kumpulan dan mereka memilih gelaran diri seperti Proton, Mini Cooper, Ferrari, Porchele, serta mempunyai trademark yang sangat menarik. Kumpulan tersebut telah berjaya merangkul gelaran kumpulan paling sporting.

Harapannya agar persembahan daripada peserta-peserta sesi 3 lebih mantap dan persaingan sihat akan diteruskan untuk masa hadapan.

Selamat berjaya.

Bengkel ICT & Multimedia Sesi 1

Rajah 1 : Senarai Kehadiran Peserta Bengkel


Nama Program        : Bengkel ICT & Multimedia
Sesi                       : 1 / 3 2010
Tarikh                    : 27 – 28 Ogos 2010 ( Jumaat & Sabtu )
Bilangan Peserta      : 21 orang
Tempat                   : Medan InfoDesa Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS )

Assalamualaikum wrt,
Pihak Gabungan Medan InfoDesa KETENGAH telah berjaya melaksanakan Bengkel ICT & Multimedia untuk sesi 1.
Golongan peserta :-
                                • Guru ( KEMAS, PDK ).
                                • Belia.
                                •Usahawan.
                                •Pelajar IPT.

Aktitiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :-
                                • Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).
                                • Perbentangan Hasil Kerja.
                                • Pertandingan untuk Menghasilkan Blog & DST.
Jurulatih :-
                                • Cik Nuur Aireen Bt Azumi
Fasilitator :-
                                • Cik Natasha Nor Amieza Bt Azumi
                                • Puan Rohaidah Ayu Bt Wan Omar
                                • Puan Musliza Bt Yaakob

Url Pemenang Blog :-
                                •  Kumpulan Terbaik ; http://bengkelict06.blogspot.com

Url Pemenang DST :-
                          Kumpulan Terbaik ;http://www.youtube.com/watch?v=75JSta31Vtg

Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah diberikan. Selamat berjaya (^^,)
Assalamualaikum wrt,

Nama Program   : Persiapan Medan
Tarikh                     : 25 – 26 September 2010 ( Rabu & Khamis )
Tempat                  : Medan InfoDesa Kg. Jerangau &
                                    Medan InfoDesa Al-Muktafi Billah Shah ( AMBS )

Persiapan daripada pasukan negeri Terengganu getir kerana berlakunya pertukaran tempat dalam sekelip mata.

Medan InfoDesa yang sepatutnya digunakan adalah Medan InfoDesa Kg. Jerangau akan tetapi masalah teknikal yang dihadapi menyebabkan berlakunya perpindahan tempat ke MID AMBS.

Jarak jauh yang bakal dilalui oleh para peserta terutamanya di bulan Ramadhan ini diharap mampu memberi semangat berterusan kepada para peserta, fasi dan juga jurulatih untuk lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.

Jurulatih sedang memerhatikan persiapan akhir oleh ahli pasukan
Selamat menjalankan tugas kepada para jurulatih & fasi.

Bengkel Latihan Jurulatih Karnival Usahawan & ICT 2010 & Multimedia Kreatif


Tarikh : 07 - 09 Ogos 2010
Tempat : De Palma Hotel, Ampang